Friday, January 21, 2011
Taufiq dibunuh elak pecah RAHSIA
KOTA SAMARAHAN: Baru-baru ini rakyat Sarawak digemparkan dengan berita pembunuhan seorang budak remaja lelaki berumur 15 tahun, Taufiq Abdul Rahim yang berasal dari Kampung Iboi Ulu yang dibunuh secara kejam(ditanam ke dalam lubang sedalam 0.5 meter setelah dipukul) hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, arwah merupakan seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek. Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis mengesan seorang daripada suspek berusia 19 tahun menggunakan motosikal mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam di pekan berdekatan, dan hasil soal siasat dia membawa polis ke tempat mangsa ditanam.
Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di Balai Polis Asajaya pada jam 1.30 petang kelmarin, sebelum usaha mencari dilakukan.
“Siasatan awal mengesahkan suspek bersama lima rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu selepas bimbang mangsa membocorkan rahsia kegiatan mencuri motosikal di kawasan ini.
“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian yang terletak di belakang rumahnya sebelum mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui ditanam dalam lubang,” katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, sindiket curi motosikal itu turut terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar Samarahan dengan suspek ditahan pagi semalam dikatakan bertindak sebagai orang tengah.
Abdul Rahman berkata, ketika ini polis masih memburu lima lagi suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an termasuk ketua kumpulannya untuk membantu siasatan kes pembunuhan Taufik.
“Kita percaya mayat mangsa ditanam secara terburu-buru berikutan lubang digali tidak terlalu dalam. Mangsa dipercayai mati akibat dipukul di kepala dengan senjata tumpul.
“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang (semalam) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.
Difahamkan, mayat Taufik ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala berdarah. Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, berkata kali terakhir beliau melihat anak ketiganya adalah ketika mangsa keluar rumah ke kedai bagi membeli barang keperluan dapur seperti diminta ibunya, Hajijah Kalim, 35.
“Saya tidak sangka tingkah lakunya yang tiba-tiba duduk sambil merenung lama ke bawah selimut sebelum tidur malam Jumaat lalu, petanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya.
*Untuk makluman arwah mempunyai ikatan kekeluargaan(cucu) kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Tuan Haji Adam bin Ahid. Penerangan Muslimat PAS Sarawak mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan digolongkan bersama para pejuang yang mati syahid*
Proses Penamaan Calon DUN Tenang 22 Januari
Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.
Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.
Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.
Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.
Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.
Ikuti Lintas Langsung nya di Harakahdaily.net
Calon DUN TENANG, Cikgu MALA difitnah!
LABIS – Tindakan beberapa blogger dan laman Facebook menfitnah calon Pas, Normala Sudirman ‘berzina’ tidak menggugat semangat juangnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Normala berkata, ini berdasarkan kajian terhadap beberapa blog dan Facebook yang memfitnah tentang dirinya setelah diumumkan sebagai calon Pas.
“Ia tidaklah menghairankan kerana isu fitnah dan provokasi adalah perkara biasa dalam PRK. Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.[Sinar Harian]
Di sini kita boleh lihat, bagaimana BN boleh membuat propaganda/fitnah yang tidak berasas kepada Calon Muslimat PAS, DUN Tenang yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala(gambar di atas). Itulah kebiasaan yang kita dengar daripada Pakatan Rakyat sendiri, ada sahaja yang tebaran fitnah yang dibuat oleh pihak BN. Jika sebelum ini, pada pilihanraya DUN Galas yang lepas, Dr Zulkefli Mohamed(PAS) juga difitnah berkhalwat dan fitnah-fitnah lain yang kita biasa kedengaran di media massa ciptaan BN. Larangan Allah swt dalam Al-Quran amat jelas untuk kita ambil iktibar bersama. Semoga rakyat Sarawak tidak mudah percaya kepada khabar-khabar yang tidak berasas bagi mengaburi mata kita.
Allah Ta'ala berfirman,
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah An-Nuur :19)
Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".
Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).
Nauzubillahiminzaliq. Moga kita dijauhkan daripada perasaan berburuk sangka dan menyebarkan fitnah. Doakan kemenangan ISLAM di DUN Tenang!!
Dewan Muslimat PAS Sarawak
Lajnah Penerangan dan Dakwah
22 Januari 2011
Larang Logo PAKATAN, SPR berfikiran sempit
“Mengapa SPR terlalu sempit cara berfikirnya?” soal ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.
Menurutnya, calon atau wakil calon sepatutnya diberi hak menentukan bahan kempen pilihan mereka.
“Jika calon atau wakil calon beranggapan bahawa lambang dan gambar pemimpin PAS, DAP, PKR sebagai bahan kempen mereka. SPR sepatutnya menghormati hak kebebasan ini,” katanya.
Suhaizan berkata perkara 24B(4) Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar semasa taklimat kepada kakitangan dan wakil parti-parti bertanding di Pejabat Majlis Daerah Labis bagi persiapan menghadapi pilihanraya kecil Tenang.
Berjiwa besar
Dalam taklimat itu, SPR melarang sebarang lambang parti dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding dipamerkan semasa tempoh berkempen.
Suhaizan berkata, SPR seharusnya terbuka dan berjiwa besar melayani pelanggan mereka.
“Kita bukan mahu melantik pengawas sekolah. Kita mahu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Janganlah mentafsirkan undang-undang yang boleh ditertawakan oleh kanak-kanak sekolah,” katanya.
Menurutnya, apa yang dinyatakan oleh SPR itu memberi maksud bahawa jika PAS menjadi wakil Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang selepas penaman calon pada 22 Januari ini, maka lambang parti DAP dan PKR serta gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sing tidak dibenarkan semasa tempoh berkempen.
Katanya, yang dibenarkan hanya lambang parti PAS dan gambar pemimpin PAS seperti gambar Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja yang dibenarkan semasa tempoh berkempen berkenaan.
Ini, katanya kerana alasan yang diberikan oleh SPR adalah parti-parti pembangkang PAS, DAP dan PKR masih tidak lagi mendaftar sebagai parti gabungan seperti BN.
Deposit pilihan raya
“Persoalannya bagaimana pemimpin parti pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang boleh berkempen tetapi gambarnya tidak boleh dipasang dan lambang partinya tidak boleh dipasang?” soalnya.
Katanya, jika SPR mempunyai tafsiran bahawa hanya parti yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen sahaja yang boleh meletakkan lambangnya, maka sepatutnya Anwar dan Lim tidak dibenarkan berkempen di sana.
SPR berpendapat memasang lambang dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya (Akta 5).
Katanya, lagi SPR membuat tafsiran bahawa lambang dan gambar pemimpin Umno, MCA dan MIC dibenarkan dalam pilihan raya kerana mereka sudah bergabung dalam BN sedangkan penggabungan PAS, DAP dan PKR belum disahkan oleh pendaftar pertubuhan sebagai satu parti gabungan Pakatan Rakyat.
Suhaizan berkata pihaknya memaklumi bahawa PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses mendaftarkan sebagai parti gabungan Pakatan.
“Ini memberi maksud bahawa PAS, DAP dan PKR merupakan ahli-ahli gabungan Pakatan yang sedang menanti pihak kerajaan meluluskan sebagai badan gabungan.Oleh itu sudah sewajarnya SPR melayan sama rata antara BN dan Pakatan,” katanya.
Menurutnya, masalah yang dibangkit adalah terlalu kecil dan telah bermula sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang lagi dan sepatutnya SPR lebih pro aktif mengatasi masalah berkenaan.
“SPR seharusnya lebih pro aktif mengatasi masalah ini. SPR seharusnya memikirkan isu-isu yang lebih besar lagi seperti penghapusan undi pos, penggunaan dakwat hitam, pendaftaran secara automatik, pembersihan daftar pemilih dan pengawalan keadah berkempen media arus perdana.
“SPR tidak perlulah membuat tafsiran-tafsiran undang-undang yang pelik sehingga rakyat bosan dan beranggapan SPR memihak kepada parti-parti tertentu dalam negara ini,” katanya.
Wednesday, December 15, 2010
"Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" 5 Dis 2010
butakah rakyat dengan kebobrokan mereka..
Siapa inginkan keadilan....JUH SAMA-SAMA KITA BELA NASIB RAKYAT SELANGOR..
ISLAM ITU ADIL!!!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!!
HIDUP PERJUANGAN RAKYAT!!!!!!!
BANTERAS KEZALIMAN!!!!!
AGI IDUP AGI NGELABAN!!!!!!
TAKBIRR!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!
KITA BERSAUDARA SE-MALAYSIA......
Jom datang beramai-ramai...banyak acara menanti di sana..
Jangan lepaskan peluang ini ya..........
JOM!!! JOM!!! JOM!!! WE ARE BROTHERS & SISTERS..
JUH!! PEGI SAMA-SAMA MAOK.....
Di sitok tempatnya:
9 Januari 2011
Jam 8 am hingga 4pm
Tapak Komplek Pendidikan Titiwangsa
Jalan Gurney, Kuala Lumpur
maklumat lanjut : http://kitabersaudara2011.blogspot.com
Saturday, August 14, 2010
Sejarah Pejuang Anak Watan Bumi Sarawak...Ayuhh!! Bangkit Anak Negeriku......
Sarawakians....pasti rasa terpanggil utk meneruskan perjuangan pejuang-pejuang suatu msa dahulu khususnya anak muda Rosli Dhobi..
BANGKIT!! BANGKIT!!! Wahai anak negeriku.....membela agama dan negeri tercinta...