Assalammualaikum

Monday, March 22, 2010

MENYEMAI KELUARGA MURNI

IBU + BAPA + ANAK , Lazimnya itulah elemen penting yang sinonim dengan pembentukan sesebuah keluarga. Institusi Kekeluargaan begitu berperanan membentuk masyarakat yang harmoni, aman sejahtera jauh dari sumbang sarat perkara - perkara negatif yang sudah pasti tidak diingini oleh setiap umat manusia. Walau bagaimananapun, bak kata pepatah " Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan" begitulah monolog perjalanan hidup manusia sebagai hamba Allah swt yang penuh dengan sifat ketidaksempurnaan. Kerana hanya DIA YANG MAHA SEMPURNA.ALLAH azzawajalla Penguasa Seluruh Alam.

Menyentuh kepada tiga elemen penting seperti yang disebutkan di atas, Anak merupakan penyejuk hati, amanat Allah swt dan mereka juga adalah cabaran kepada pengasuhnya khusus ibu dan bapa. Anak penyejuk hati bila melihat mereka riang gembira, BAHAGIA. Anak Amanat Allah swt mencorak untuk dijadikan mereka insan yang bertaqwa menuju jalan redha bukannya disia - sia. Anak CABARAN bagi ibu bapa kerana mereka lain acuan lain bentuknya. Cabaran dalam mendidik, mengasuh dan membimbing mereka dengan harapan mereka CEMERLANG dunia dan akhirat.

Ibu ialah sumber kasih sayang bagi seisi rumahtangga baik untuk anak dan juga bapaknya. Iya, ibu itu terkenal dengan ketegasan dalam kelembutan. Jiwa si ibu pastinya selembut Khadijah, sekasih Aisyah meniti ranjau kehidupan menghadapi perjalanan rumahtangga. Ke mana tumpahnya kuah kelembutan kasih sayang, jika tidak ke nasi wanita.

Bapa pula begitu terkenal dengan sifat kepimpinan sesuai dengan nama pemimpin rumahtangga. Kepimpinan bapa itu perlu dihalusi demi mendidik anak - anak bukan sahaja tarbiyyah secara zahirnya malah yang peri penting ialah tarbiyyah batin agar berjaya si bapa mencontohi Rasulullah saw teladan sepanjang zaman. Kreativiti kepimpinan bapa itu perlulah tidak terlalu KERAS kerana mereka dididik mengikut kesesuaian zaman.

Panjang lebar kita kupas satu persatu. KINI..Se-Malaysia sering digemparkan dengan kes-kes yang melibatkan anak-anak tidak kira anak remaja-remaji, kanak - kanak dan bayi - bayi. Mereka ini terkadang kala menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak punya minda akai takda..lemah iman. Sering kali di kaca televisyen, corong radio atau dimana - mana pasti kita lali dengan kes penglibatan remaja dengan pil khayal, dadah, rogol, sumbang mahram issshh banyak lagi. Kanak - kanak diseksa, dibunuh, dera seks dan bayi - bayi dihumban sana - sini, bakar dalam tong sampah, sumbat dalam mangkuk tandas dan seribu macam lagi. Nah!!! DIMANAKAH NILAI KEMANUSIAAN MANUSIA...lebih baik jadi binatang. Opss binatang pun lagi kesian dan kasih pada anak - anaknya. Mengapa? Salah siapa? Nak tunding jari mana lagi.

Isu Kemanusiaan masa kini semakin menjadi - jadi, apakah jadahnya! Sukar untuk ditentukan dari mana titik punca masalahnya. Pelbagai cara dan perahan minda dijana, dengan kemantapan teori - teori, ideologi - ideologi yang dipandu akal sempurna mungkin, namun makin disaran makin baran dibuatnya Pada hemat saya..jawapannnya INSAN. Bentuk insan dgn Islam, Iman dan Ihsan...kembali kepad Allah azzawajalla.

Islam - bukan Islam Hadhari, Islam Liberal atau yang sewaktu dengannya. Islam itu ad-din iaitu the way of life yang didalamnya kita menghayati Islam dari Subuh hingga ke Magrib dan dari Maghrib kembali ke Subuh. Pendek kata setiap langkah kita, pengucapan kita, tindakan kita bermula dgn mengingati Allah. Penghayatan Islam dalam seluruh amal kehidupan.

Iman - Keimanan itu bukannnya boleh dimain mulut akan tetapi hendaklah dilakukan dgn amal. Iman dan taqwa itu bisa menyelamatkan manusia agar tidak sehina lebih daripada binatang. Hanya dgn iman ini Insan itu akan lahir..maka barulah kita yakin dunia ini bebas dari dari bala Allah..usah membelakangkan Islam kerana tidak mungkin manusia yang beriman itu sanggup menyembelih bapanya sendiri, membakar anak sendiri, sumbang mahram..rakusssss.

Ihsan - Keperluan kita beribadah merasakan Allah dengan sifat al-Basir Nya. Kiri dan kanan terdapat malaikat pencatit kebaikan dan kejahatan. Andai sifat ini ditanam dalam diri manusia pasti mereka berhati-hati dan penuh keyakinan Allah sedang memerhatikan.

Inilah sebenarnya yang tida dalam diri manusia sekarang. Walaupun pelbagai usaha Kempen Kesedaran, Penjelasan didikan Kepada Masyarakat..makin bannyak usaha makin banyak pula bala. Inilah...dia Redha Allah swt. Andai tiada keberkatan ALLAH turunkan..maka kesannya secara zahir pasti tidak tercapai.

Mulakan Niat Ikhlas Kerana Allah..Bukan Niat Bermegah - megah!!!

Pastikan Bukan Bangsa yang diperjuangkan Tapi Islam Dimenangkan...

Seminar Keibubapaan,
Lajnah Tarbiyyah & Kepimpinan DMPNSwak
Kejasama Pas Petra Jaya

No comments:

Post a Comment