Assalammualaikum

Saturday, June 12, 2010

USUL TERGEMPAR ; Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat

Sumber : http://muktamar56.pas.org

Usul tergempar DMPP - Kutuk tindakan rakus tentera Israel

Dewan Muslimat PAS sangat prihatin terhadap kebiadapan berterusan yang dilakukan oleh Regim Haram Israel terhadap rakyat Palestin sejak Israel mula mewujudkan Negara Haram nya di atas bumi Palestin pada tahun 1948.


Dewan Muslimat menginsafi betapa telah ramai jiwa ummat Islam Palestin dan para aktivis sukarelawan kemanusiaan antarabangsa tanpa mengira kaum, agama dan usia yang telah pun menjadi mangsa kerakusan Regim Zionis laknatullah. Setiap hari sehinggalah ke hari ini ada sahaja pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Zionis Israel. Ini termasuklah pembunuhan ke atas kanak-kanak, para wanita dan warga tua meskipun mereka itu tidak bersenjata.


Dewan Muslimat menyedari betapa Regim Haram Israel ini telah pun mengenakan sekatan sam ada melalui udara, darat dan air ke atas umat Islam Palestin di bumi Gaza sejak tahun 2006 iaitu selepas kemenangan dan penubuhan Kerajaan Hammas di Palestin. Seterusnya menyekat apa sahaja bentuk bantuan termasuklah bantuan perubatan hatta bantuan kemanusiaan yang sampai daripada luar kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza. Menjadikan hidup rakyat Palestin serba terhimpit kesusahan dan dirundung penderitaan berpanjangan.


Dewan Muslimat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rakus terbaru Tentera Haram Komando Israel yang melakukan serangan ganas ke atas armada misi bantuan kemanusiaan untuk Gaza (LifeLine For Gaza – Talian Hayat Untuk Gaza: Menerobos Tembok Kematian) khususnya ke atas Kapal Induk Mavi Marmara yang telah mengakibat sekurang-kurangnya 19 orang sukarelawan misi bantuan kemanusiaan terbunuh, berpuluh-puluh cedera, bahkan menjadikan rakyat kita iaitu 12 orang (daripada armada Mavi Marmara) + 6 orang (daripada armada Rachel Corrie) bak nyawa di hujung pedang!


Dewan Muslimat menginsafi bahawa segala bentuk kekejaman, kebiadapan, manipulasi dan taktik kotor Israel dalam menguasai dunia secara halus dan licik ini mesti segera dihentikan dan ditangani secara lebih tegas, strategik, bersepadu, terurus serta terarah khususnya oleh negara-negara Islam di seluruh dunia termasuklah Malaysia.


Maka, Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-50 ini mengambil ketetapan berikut:

1. Berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang rakyat Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan hak dan keadilan mereka yang telah diceroboh oleh Zionis Israel dengan bersiap siaga untuk membantu mereka dari semua aspek termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke bumi Gaza;


2. Memastikan DMP semua peringkat proaktif dan terlibat secara tersusun dan berperancangan dalam semua tindakan berkaitan dengan isu Palestin;


3. Menyokong penuh tindakan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuat pendedahan berkaitan APCO dan seterusnya kewujudan “pengaruh Israel” dalam pentadbiran Malaysia termasuklah institusi-institusi keselamatan negara;


4. Menetapkan agar PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai usaha penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza bersama negara-negara lain;


5. Menyokong penuh semua usul yang menyokong Palestin termasuk mendesak Perdana Menteri Malaysia konsisten dalam semua tindakan pada setiap masa dalam dan luar negara untuk melaksanakan semua usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Jun 2010 berkaitan Isu Keganasan Israel;


6. Menggesa Malaysia agar mengambil pendekatan yang lebih waspada dalam menyekat segala rancangan Regim Zionis dalam apa jua bentuk yang sedang berusaha melebarkan pengaruh, anasir dan penguasaannya di dalam Malaysia melalui pelbagai proksi dan cara. Hentikan sebarang kerjasama perdagangan dengan Israel dan BOIKOT segala produk bersangkutan dengannya;


7. Mendesak Kerajaan Malaysia segera menghentikan khidmat syarikat perunding antarabangsa iaitu APCO Worldwide yang juga merupakan proksi kepada kepentingan politik Israel dan Amerika yang kini dibiayai hampir RM78 juta sebagai badan perunding kepada Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Jahanam, Jahanam – Jahanam Israel!
Khaibar, Khaibar – Wahai Yahudi!
Tentera Muhammad – Pasti Datang!
Selamatkan Gaza – Bebaskan Gaza!
Dengan Darah – Dengan Nyawa – Kami Pertaruhkan – Untukmu Al Aqsa!
Hidup, Hidup – Hidup Islam!


MUKTAMAR Medan Muhasabah - TAHNIAH Dewan Muslimat PAS

Muktamar atau dengan kata lain mesyuarat agung merupakan satu medan untuk bermuhasabah dalam konteks gerak kerja jemaah. Di sini para aktivis muslimat daripada semua peringkat akan melapor, pandangan dan cadangan khususnya bertujuan memperbaiki setiap kekurangan dalam lingkupan gerak kerja. Maka dengan itu muslimat dilihat begitu bersatu hati, telus dan teliti dalam menjalankan amanat Allah swt membela Islam. Ini bukan sahaja merujuk kepada sayap muslimat malah yang peri pentingnya seluruh jentera Pari Islam Se-Malaysia (PAS) dalam pelbagai peringkat yang melibatkan semua dewan-dewan. Ini khusus untuk penambahbaikan. TAHNIAH! atas keberlansungan Muktamar tahun ini.

Rentetan daripada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Kelantan baru-baru ini, apa yang menjadi perhatian tiada lain melainkan usul-usul yang dicadang dan dibahaskan semasa muktamar berlangsung.

Berikut merupakan usul - usul yang dibawa semasa muktamar berlangsung. Sebanyak 6 usul telah dibahas :

1.Mewujudkan jawatan Naib Presiden IV dan Timbalan Pesuruhjaya IV dicadangkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian.

2.Pencalonan Pesuruhjaya dari kawasan-kawasan dibentang Puan Siti Rohaya Ahad (DMPK Subang).

3.Usul supaya DMPP mewujudkan sebuah pusat penjagaan anak (nurseri) yang mempunyai pengurusan yang sistematik di semua peringkat negeri dan kawasan yang diurus sepenuhnya oleh Dewan Muslimat. Dibentangkan Puan Suhaiza Shuib (DMPK Taiping).

4.Penguatkuasa wanita dibentang Puan Rosnani Jusoh (DMPK Kota Tinggi).

5.Pendidikan Islam wajib lulus dibentang Pn Ropisah Nordin (Gabungan DMPK Bukit Katil, Melaka; Larut, Perak; Segambut, Wilayah Persekutuan)

6.Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa mengusulkan penubuhan Dewan Muslimat Muda.

Selepas ini..isu tergempar.

Sekalung Tahniah daripada Dewan Muslimat Pas Negeri Sarawak

Saturday, June 5, 2010

DEMONTRASI ANTI ISRAEL

Sayap Muslimat PAS Negeri Sarawak turut tidak ketinggalan menyertai demontrasi anti Israel yang diadakan bermula selepas solat Jumaat dari Masjid Kg Baru ke Kedutaan AS..Syabas buat Ketua Muslimat DMPNSwak bersama barisan muslimat Sarawak dengan bersemangat menyertai perhimpunan ini.
Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS
Jun 4, 10 2:25pm
Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu. Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer. Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini. Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini. Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut. GALERI FOTO Berikut kronologi perhimpunan tersebut: 2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.
Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. 2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh] Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.
Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance. Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan. Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang. 2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS. 3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.

3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman. Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.

Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa. Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa. 3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu. Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel. "Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar. Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur. "Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya. Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan. 3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.