Assalammualaikum

Friday, January 21, 2011

Calon DUN TENANG, Cikgu MALA difitnah!

Calon PAS, DUN Tenang : Puan Normala Sudirman


LABIS – Tindakan beberapa blogger dan laman Facebook menfitnah calon Pas, Normala Sudirman ‘berzina’ tidak menggugat semangat juangnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.


Normala berkata, ini berdasarkan kajian terhadap beberapa blog dan Facebook yang memfitnah tentang dirinya setelah diumumkan sebagai calon Pas.


“Ia tidaklah menghairankan kerana isu fitnah dan provokasi adalah perkara biasa dalam PRK. Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.[Sinar Harian]


Sudut pandangan Penerangan PAS Sarawak

Di sini kita boleh lihat, bagaimana BN boleh membuat propaganda/fitnah yang tidak berasas kepada Calon Muslimat PAS, DUN Tenang yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala(gambar di atas). Itulah kebiasaan yang kita dengar daripada Pakatan Rakyat sendiri, ada sahaja yang tebaran fitnah yang dibuat oleh pihak BN. Jika sebelum ini, pada pilihanraya DUN Galas yang lepas, Dr Zulkefli Mohamed(PAS) juga difitnah berkhalwat dan fitnah-fitnah lain yang kita biasa kedengaran di media massa ciptaan BN. Larangan Allah swt dalam Al-Quran amat jelas untuk kita ambil iktibar bersama. Semoga rakyat Sarawak tidak mudah percaya kepada khabar-khabar yang tidak berasas bagi mengaburi mata kita.

Allah Ta'ala berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah An-Nuur :19)


Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.


"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".


Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).

Nauzubillahiminzaliq. Moga kita dijauhkan daripada perasaan berburuk sangka dan menyebarkan fitnah. Doakan kemenangan ISLAM di DUN Tenang!!

Dewan Muslimat PAS Sarawak

Lajnah Penerangan dan Dakwah

22 Januari 2011

No comments:

Post a Comment