Assalammualaikum

Saturday, December 5, 2009




IZZAH ISLAM PERLU ADA PADA SETIAP PEMIMPIN

KUCHING ; 6 DISEMBER 2009 – Menyedari hakikat dasar Parti Islam Semalaysia PAS adalah ISLAM sejajar kehendak fitrah manusia, para pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak daripada pelbagai peringkat diingatkan agar menghidupkan ruh Islam dalam kehidupan seharian ketika Pertemuan Bersama Yang Berhormat Senator Mumtaz Md Nawi kira – kira jam 3.00 petang di Markaz PAS Kawasan Petra Jaya baru - baru ini.

Dengan pembawaan Izzah Islam secara praktikal dalam aspek kehidupan bersama gelanggang masyarakat pelbagai ragam, adalah menjadi satu magnet dakwah sekaligus memasarkan produk akhlak parti amnya. Ruh itu penting diaplikasikan bukan sahaja di peringkat individu, keluarga, malah berhadapan dengan masyarakat Sarawak yang terdiri daripada berbagai – bagai bangsa, suku kaum dan agama adalah menjadi salah satu daripada strategi untuk mencapai kegemilangan Islam di muka Bumi ini.

Beliau menjelaskan lagi bahawa pemimpin perlu lebih baik dari pelbagai sudut baik dari segi pengurusan keluarga, kerjaya atau yang lebih penting pengurusan perancangan masa bagi memastikan komitmen dalam gerak kerja jemaah dapat disempurnakan dengan sebaiknya. Menjadi pendengar yang baik dan kawan yang baik bukan hanya kepada ahli – ahli parti sahaja, akan tetapi peranan ini juga perlu dilaksanakan kepada individu – individu bukan ahli khususnya sama ada muslim atau non-muslim.

Jelas beliau “ Izzah Islam ini yang membezakan PAS dengan UMNO, Jika kita melakukan perkara yang ada persmaan dengan UMNO-BN, maka rakyat melihat PAS tiada bezanya dengan UMNO-BN ” sambungnya lagi. Maka untuk menghidupkan NUR Islam ini, pimpinan – pimpinan Parti PAS di Sarawak dinasihatkan agar memperbanyakkan program – program berunsurkan Islam agar Izzah itu dapat dirasai dari segenap tempat bersama Rahmat Allah SWT.
Lajnah Penerangan Dan Dakwah
Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment