Assalammualaikum

Sunday, December 13, 2009

PROAKTIF : PROGRAM BERSAMA RAKYAT


KUCHING, SARAWAK ; Pendekatan memahami budaya masyarakat pelbagai kaum di tanahair Sarawak menerusi program bersama rakyat merupakan strategi terbaik memenangi hati budi rakyat bertepatan dengan slogan PAS For All. Memperbanyakkan program kebajikan yang dilaksanakan dengan tulus ikhlas menjadi satu KUNCI rakyat mahu mendekati seluruh warga PAS secara amnya dan parti itu sendiri khasnya. ‘ PAS For All ‘ perlu diimplementasikan juga di segenap pelosok tempat di Bumi Kenyalang ini yang rata - rata kaya dengan bangsa terutamanya suku kaum Pribumi seperti Iban, Bidayuh, Penan, Kelabit dan sebagainya di mana mereka berlatar belakangkan budaya yang tersendiri. Tidak kurang juga masyarakat Melayu, Bugis, Melanau, Cina dan masyarakat India segelintirnya.

Seluruh hadirin dalam ceramah kelompok yang disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Mumtaz Md Nawi pada 22 November yang lalu di Kuching anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak dengan kerjasama PAS Kawasan Petra Jaya dinasihatkan untuk memperteguhkan jentera parti di semua peringkat agar rencana program dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ujar beliau “ Jentera muslimin dan muslimat perlu bersatu dalam menrencanakan sesuatu program demi pencapaian matlamat yang sempurna “.

Beliau turut memberi penekanan tentang kepentingan jentera muslimat sebagai sayap kanan dalam jentera parti dengan mengemukakan hasil Kajian Professor Abu Hassan dalam Seminar Memperkasakan Parti yang lepas bahawa realitinya jentera muslimat lebih maju kehadapan bertandang ke setiap rumah kediaman rakyat lantas lebih dikenali oleh masyarakat. Nah.. kepentingan penglibatan bersama rakyat perlu disedari oleh setiap individu pimpinan parti dan perancangan yang berstrategi perlu diatur dengan sebaiknya serta bersikap lebih proaktif dengan harapan rakyat mengenal ISLAM jatuh hati kepada Parti ( PAS ).


No comments:

Post a Comment