Assalammualaikum

Saturday, December 12, 2009

ZIARAH UKHUWAH ; Pelajar Cemerlang UPSR, Nuriana Arabi


Nana gembira menerima bantuan dari kami



Ibu Nana menerima sedikit subangan dari kami



Nuriana(kiri) gembira bersama keluarganya


Rombongan terpaksa meniti titi untuk sampai ke rumah Nuriana

Pelajar Cemerlang UPSR 5A, Nuriana Binti Arabi dari Sek Keb Santubong seperti yang dilaporkan oleh Berita TV3 bulan lepas turut tidak ketinggalan mendapat perhatian daripada Dewan Muslimat PAS negeri Sarawak. Sepasukan Pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri bertandang menziarahi pelajar ini baru-baru ini untuk menjalinkan ukhuwwah disamping membawa sedikit bantuan berbentuk makanan, tunai dan kelengkapan sekolah. Rombongan diketuai oleh ketua muslimat negeri Syarifah Latifah Syed Abdul Latif, wakil Nisa' dan beberapa orang lagi.
Nuriana gempar dilaporkan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru - baru ini kerana beliau merupakan seorang anak kepada nelayan miskin dengan pendapatan bulanan ayahnya yang tidak menentu. Walaupun kehadiran kami tidak termaklum, namun kehadiran kami diterima dengan gembira dan hati yang terbuka. Pihak kami merasa begitu simpati dengan nasib keluarga pelajar ini yang hanya "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", begitulah yang dinyatakan oleh ibu saudaranya kepada kami.
Hampir 2 jam kami duduk bersembang dengan Nuriana dan adik-beradik serta dua ibu saudaranya sementara menunggu ibu bapanya pulang mencari sedikit makanan laut, siput batu (tekoyong batu) buat lauk makan tengahari. Banyak pengalaman dan kisah hidup pelajar ini dikongsi bersama kami. Menarik dan tersentuh mendengar perjalanan zaman sekolah pelajar ini yang hanya mengahrapkan bantuan makanan sekolah RMT untuk mengalas perut pada waktu rehat tanpa membawa wang saku walau sesen pun ke sekolah. Pun begitu semua kepayahan tekanan hidup ekonomi keluarganya tidak menghalang untuk Nana (nama manja) menggapai cita-cita sebagai seorang doktor. Anak sulung daripada empat orang adik-berasik ini juga seorang pelajar yang aktif dalam olahraga dan penglibatan dalam persatuan sekolah serta seorang pengawas yang dedikasi dan penuh tangunggjawab dalam menjalankan tugas.
Rahsia kejayaan beliau adalah hasil kesungguhannya dan kerjasama kawan-kawan dan guru-guru di sekolah yang tidak henti memberi motivasi serta berkat sokongan ibu bapa beliau dalam usaha mengubah realiti nasib kehidupan mereka. Ya...tanpa usaha pasti tidak akan berjaya, dan Allah swt turut memberi peringatan bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya..begitulah yang dilakukan Nana. Kita sama-sama doakan kejayaan adik kita ini dalam mencapai cita-citanya sekaligus membela nasib keluarganya.....moga Allah Merahmati En. Arabi sekeluarga..Insyaallah

No comments:

Post a Comment