Assalammualaikum

Saturday, June 12, 2010

USUL TERGEMPAR ; Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat

Sumber : http://muktamar56.pas.org

Usul tergempar DMPP - Kutuk tindakan rakus tentera Israel

Dewan Muslimat PAS sangat prihatin terhadap kebiadapan berterusan yang dilakukan oleh Regim Haram Israel terhadap rakyat Palestin sejak Israel mula mewujudkan Negara Haram nya di atas bumi Palestin pada tahun 1948.


Dewan Muslimat menginsafi betapa telah ramai jiwa ummat Islam Palestin dan para aktivis sukarelawan kemanusiaan antarabangsa tanpa mengira kaum, agama dan usia yang telah pun menjadi mangsa kerakusan Regim Zionis laknatullah. Setiap hari sehinggalah ke hari ini ada sahaja pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Zionis Israel. Ini termasuklah pembunuhan ke atas kanak-kanak, para wanita dan warga tua meskipun mereka itu tidak bersenjata.


Dewan Muslimat menyedari betapa Regim Haram Israel ini telah pun mengenakan sekatan sam ada melalui udara, darat dan air ke atas umat Islam Palestin di bumi Gaza sejak tahun 2006 iaitu selepas kemenangan dan penubuhan Kerajaan Hammas di Palestin. Seterusnya menyekat apa sahaja bentuk bantuan termasuklah bantuan perubatan hatta bantuan kemanusiaan yang sampai daripada luar kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza. Menjadikan hidup rakyat Palestin serba terhimpit kesusahan dan dirundung penderitaan berpanjangan.


Dewan Muslimat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rakus terbaru Tentera Haram Komando Israel yang melakukan serangan ganas ke atas armada misi bantuan kemanusiaan untuk Gaza (LifeLine For Gaza – Talian Hayat Untuk Gaza: Menerobos Tembok Kematian) khususnya ke atas Kapal Induk Mavi Marmara yang telah mengakibat sekurang-kurangnya 19 orang sukarelawan misi bantuan kemanusiaan terbunuh, berpuluh-puluh cedera, bahkan menjadikan rakyat kita iaitu 12 orang (daripada armada Mavi Marmara) + 6 orang (daripada armada Rachel Corrie) bak nyawa di hujung pedang!


Dewan Muslimat menginsafi bahawa segala bentuk kekejaman, kebiadapan, manipulasi dan taktik kotor Israel dalam menguasai dunia secara halus dan licik ini mesti segera dihentikan dan ditangani secara lebih tegas, strategik, bersepadu, terurus serta terarah khususnya oleh negara-negara Islam di seluruh dunia termasuklah Malaysia.


Maka, Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-50 ini mengambil ketetapan berikut:

1. Berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang rakyat Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan hak dan keadilan mereka yang telah diceroboh oleh Zionis Israel dengan bersiap siaga untuk membantu mereka dari semua aspek termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke bumi Gaza;


2. Memastikan DMP semua peringkat proaktif dan terlibat secara tersusun dan berperancangan dalam semua tindakan berkaitan dengan isu Palestin;


3. Menyokong penuh tindakan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuat pendedahan berkaitan APCO dan seterusnya kewujudan “pengaruh Israel” dalam pentadbiran Malaysia termasuklah institusi-institusi keselamatan negara;


4. Menetapkan agar PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai usaha penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza bersama negara-negara lain;


5. Menyokong penuh semua usul yang menyokong Palestin termasuk mendesak Perdana Menteri Malaysia konsisten dalam semua tindakan pada setiap masa dalam dan luar negara untuk melaksanakan semua usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Jun 2010 berkaitan Isu Keganasan Israel;


6. Menggesa Malaysia agar mengambil pendekatan yang lebih waspada dalam menyekat segala rancangan Regim Zionis dalam apa jua bentuk yang sedang berusaha melebarkan pengaruh, anasir dan penguasaannya di dalam Malaysia melalui pelbagai proksi dan cara. Hentikan sebarang kerjasama perdagangan dengan Israel dan BOIKOT segala produk bersangkutan dengannya;


7. Mendesak Kerajaan Malaysia segera menghentikan khidmat syarikat perunding antarabangsa iaitu APCO Worldwide yang juga merupakan proksi kepada kepentingan politik Israel dan Amerika yang kini dibiayai hampir RM78 juta sebagai badan perunding kepada Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Jahanam, Jahanam – Jahanam Israel!
Khaibar, Khaibar – Wahai Yahudi!
Tentera Muhammad – Pasti Datang!
Selamatkan Gaza – Bebaskan Gaza!
Dengan Darah – Dengan Nyawa – Kami Pertaruhkan – Untukmu Al Aqsa!
Hidup, Hidup – Hidup Islam!


MUKTAMAR Medan Muhasabah - TAHNIAH Dewan Muslimat PAS

Muktamar atau dengan kata lain mesyuarat agung merupakan satu medan untuk bermuhasabah dalam konteks gerak kerja jemaah. Di sini para aktivis muslimat daripada semua peringkat akan melapor, pandangan dan cadangan khususnya bertujuan memperbaiki setiap kekurangan dalam lingkupan gerak kerja. Maka dengan itu muslimat dilihat begitu bersatu hati, telus dan teliti dalam menjalankan amanat Allah swt membela Islam. Ini bukan sahaja merujuk kepada sayap muslimat malah yang peri pentingnya seluruh jentera Pari Islam Se-Malaysia (PAS) dalam pelbagai peringkat yang melibatkan semua dewan-dewan. Ini khusus untuk penambahbaikan. TAHNIAH! atas keberlansungan Muktamar tahun ini.

Rentetan daripada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Kelantan baru-baru ini, apa yang menjadi perhatian tiada lain melainkan usul-usul yang dicadang dan dibahaskan semasa muktamar berlangsung.

Berikut merupakan usul - usul yang dibawa semasa muktamar berlangsung. Sebanyak 6 usul telah dibahas :

1.Mewujudkan jawatan Naib Presiden IV dan Timbalan Pesuruhjaya IV dicadangkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian.

2.Pencalonan Pesuruhjaya dari kawasan-kawasan dibentang Puan Siti Rohaya Ahad (DMPK Subang).

3.Usul supaya DMPP mewujudkan sebuah pusat penjagaan anak (nurseri) yang mempunyai pengurusan yang sistematik di semua peringkat negeri dan kawasan yang diurus sepenuhnya oleh Dewan Muslimat. Dibentangkan Puan Suhaiza Shuib (DMPK Taiping).

4.Penguatkuasa wanita dibentang Puan Rosnani Jusoh (DMPK Kota Tinggi).

5.Pendidikan Islam wajib lulus dibentang Pn Ropisah Nordin (Gabungan DMPK Bukit Katil, Melaka; Larut, Perak; Segambut, Wilayah Persekutuan)

6.Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa mengusulkan penubuhan Dewan Muslimat Muda.

Selepas ini..isu tergempar.

Sekalung Tahniah daripada Dewan Muslimat Pas Negeri Sarawak

Saturday, June 5, 2010

DEMONTRASI ANTI ISRAEL

Sayap Muslimat PAS Negeri Sarawak turut tidak ketinggalan menyertai demontrasi anti Israel yang diadakan bermula selepas solat Jumaat dari Masjid Kg Baru ke Kedutaan AS..Syabas buat Ketua Muslimat DMPNSwak bersama barisan muslimat Sarawak dengan bersemangat menyertai perhimpunan ini.
Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS
Jun 4, 10 2:25pm
Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu. Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer. Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini. Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini. Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut. GALERI FOTO Berikut kronologi perhimpunan tersebut: 2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.
Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. 2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh] Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.
Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance. Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan. Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang. 2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS. 3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.

3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman. Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.

Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa. Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa. 3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu. Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel. "Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar. Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur. "Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya. Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan. 3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.

Monday, March 22, 2010

MENYEMAI KELUARGA MURNI

IBU + BAPA + ANAK , Lazimnya itulah elemen penting yang sinonim dengan pembentukan sesebuah keluarga. Institusi Kekeluargaan begitu berperanan membentuk masyarakat yang harmoni, aman sejahtera jauh dari sumbang sarat perkara - perkara negatif yang sudah pasti tidak diingini oleh setiap umat manusia. Walau bagaimananapun, bak kata pepatah " Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan" begitulah monolog perjalanan hidup manusia sebagai hamba Allah swt yang penuh dengan sifat ketidaksempurnaan. Kerana hanya DIA YANG MAHA SEMPURNA.ALLAH azzawajalla Penguasa Seluruh Alam.

Menyentuh kepada tiga elemen penting seperti yang disebutkan di atas, Anak merupakan penyejuk hati, amanat Allah swt dan mereka juga adalah cabaran kepada pengasuhnya khusus ibu dan bapa. Anak penyejuk hati bila melihat mereka riang gembira, BAHAGIA. Anak Amanat Allah swt mencorak untuk dijadikan mereka insan yang bertaqwa menuju jalan redha bukannya disia - sia. Anak CABARAN bagi ibu bapa kerana mereka lain acuan lain bentuknya. Cabaran dalam mendidik, mengasuh dan membimbing mereka dengan harapan mereka CEMERLANG dunia dan akhirat.

Ibu ialah sumber kasih sayang bagi seisi rumahtangga baik untuk anak dan juga bapaknya. Iya, ibu itu terkenal dengan ketegasan dalam kelembutan. Jiwa si ibu pastinya selembut Khadijah, sekasih Aisyah meniti ranjau kehidupan menghadapi perjalanan rumahtangga. Ke mana tumpahnya kuah kelembutan kasih sayang, jika tidak ke nasi wanita.

Bapa pula begitu terkenal dengan sifat kepimpinan sesuai dengan nama pemimpin rumahtangga. Kepimpinan bapa itu perlu dihalusi demi mendidik anak - anak bukan sahaja tarbiyyah secara zahirnya malah yang peri penting ialah tarbiyyah batin agar berjaya si bapa mencontohi Rasulullah saw teladan sepanjang zaman. Kreativiti kepimpinan bapa itu perlulah tidak terlalu KERAS kerana mereka dididik mengikut kesesuaian zaman.

Panjang lebar kita kupas satu persatu. KINI..Se-Malaysia sering digemparkan dengan kes-kes yang melibatkan anak-anak tidak kira anak remaja-remaji, kanak - kanak dan bayi - bayi. Mereka ini terkadang kala menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak punya minda akai takda..lemah iman. Sering kali di kaca televisyen, corong radio atau dimana - mana pasti kita lali dengan kes penglibatan remaja dengan pil khayal, dadah, rogol, sumbang mahram issshh banyak lagi. Kanak - kanak diseksa, dibunuh, dera seks dan bayi - bayi dihumban sana - sini, bakar dalam tong sampah, sumbat dalam mangkuk tandas dan seribu macam lagi. Nah!!! DIMANAKAH NILAI KEMANUSIAAN MANUSIA...lebih baik jadi binatang. Opss binatang pun lagi kesian dan kasih pada anak - anaknya. Mengapa? Salah siapa? Nak tunding jari mana lagi.

Isu Kemanusiaan masa kini semakin menjadi - jadi, apakah jadahnya! Sukar untuk ditentukan dari mana titik punca masalahnya. Pelbagai cara dan perahan minda dijana, dengan kemantapan teori - teori, ideologi - ideologi yang dipandu akal sempurna mungkin, namun makin disaran makin baran dibuatnya Pada hemat saya..jawapannnya INSAN. Bentuk insan dgn Islam, Iman dan Ihsan...kembali kepad Allah azzawajalla.

Islam - bukan Islam Hadhari, Islam Liberal atau yang sewaktu dengannya. Islam itu ad-din iaitu the way of life yang didalamnya kita menghayati Islam dari Subuh hingga ke Magrib dan dari Maghrib kembali ke Subuh. Pendek kata setiap langkah kita, pengucapan kita, tindakan kita bermula dgn mengingati Allah. Penghayatan Islam dalam seluruh amal kehidupan.

Iman - Keimanan itu bukannnya boleh dimain mulut akan tetapi hendaklah dilakukan dgn amal. Iman dan taqwa itu bisa menyelamatkan manusia agar tidak sehina lebih daripada binatang. Hanya dgn iman ini Insan itu akan lahir..maka barulah kita yakin dunia ini bebas dari dari bala Allah..usah membelakangkan Islam kerana tidak mungkin manusia yang beriman itu sanggup menyembelih bapanya sendiri, membakar anak sendiri, sumbang mahram..rakusssss.

Ihsan - Keperluan kita beribadah merasakan Allah dengan sifat al-Basir Nya. Kiri dan kanan terdapat malaikat pencatit kebaikan dan kejahatan. Andai sifat ini ditanam dalam diri manusia pasti mereka berhati-hati dan penuh keyakinan Allah sedang memerhatikan.

Inilah sebenarnya yang tida dalam diri manusia sekarang. Walaupun pelbagai usaha Kempen Kesedaran, Penjelasan didikan Kepada Masyarakat..makin bannyak usaha makin banyak pula bala. Inilah...dia Redha Allah swt. Andai tiada keberkatan ALLAH turunkan..maka kesannya secara zahir pasti tidak tercapai.

Mulakan Niat Ikhlas Kerana Allah..Bukan Niat Bermegah - megah!!!

Pastikan Bukan Bangsa yang diperjuangkan Tapi Islam Dimenangkan...

Seminar Keibubapaan,
Lajnah Tarbiyyah & Kepimpinan DMPNSwak
Kejasama Pas Petra Jaya

Tuesday, March 2, 2010

Membina Tenaga Highly Available Dalam Perjuangan Islam

Episod sebuah PERJUANGAN..

Aku..MUJAHIDAH!!!

Siapa?? Dimana?? Bagaimana??..

Selagi jiwa roh ini belum dipanggil Ilahi..selagi itu..titk perjuangan ini belum berakhir..adakah kita akan sampai ke noktah pengakhiran bersama dalam perjuangan..ISTIQAMAH

Adakah KITA???

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan shalat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (shalat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang shalat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan siap siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu." An Nisa':102

Pembinaan tenaga yang bersikap "highly available" adalah sangat penting dalam perjuangan Islam. Dari sudut teknologi applikasi sistem komputer, "high availability" ini merupakan "feature" yang sangat penting kepada sesebuah appli kasi sistem, kerana sistem tidak boleh "down" walau apa jua keadaan dan msalah sekalipun. Seringkali pihak vendor ICT akan membekalkan "failover features" kepada applikasi tersebut, yang mana server, database dan applikasi sistem tersebut mempunyai dua unit server, database dan applikasi yang berbeza, tetapi beroperasi didalam satu sistem. "Failover feature" ini akan membolehkan server kedua terus berjalan secara automatic secara normal sekiranya server pertama mengalami kerosakan, mengalami downtime ataupun tidak dapat digunakan atas apa apa sebab spt serangan virus atau aktiviti "hacking".

Begitu juga halnya dalam perjuangan Islam. Sikap pejuang yang sentiasa bersedia dan berkeupayaan untuk melaksanakan tugas jamaah, adalah sangat penting untuk mempastikan segala gerakerja dan prosedur operasi jamaah dapat dijalankan dengan teratur dan baik. Dari sudut pengurusan organisasi sekalipun, organisasi akan mantap sekiranya, pemimpin, pekerja atau petugasnya berdedikasi dan berkemampuan dalam melaksanakan visi dan misi organisasi tersebut, pada setiap masa dan ketika.

Permintaan tehadap gerakerja jamaah adalah sangat tinggi ketika ini. Disaat ummah memerlukan sentuhan "ajaib" jamaah dan petugas2nya yang mana masyarakat amat memerlukan kehadiran kita, jamaah, pimpinan dan petugas petugasnya mesti sentiasa bersedia. Daripada perkara sekelamkabut perobohan rumah rakyat hinggalah kepada jemputan kenduri doa selamat, rakyat amat ingin merasai kehadiran pejuang2 Islam bersama mereka dalam keadaan keadaan tersebut. Situasi seperti:

"Ada penyokong kita buat kenduri doa selamat malam ni, anta tolong wakil pemuda"

"Anta kat mana? - Ana baru sampai rumah dari ofis- Anta tolong wakil ana program UPU kejap lagi"

"Malam ni anta tolong ganti ana pegi program Isra Mikraj, ana kena balik kampung"

"SMS – rumah rakyat diroboh, ada rakyat yang tengah mengamuk nak bakar diri. Sila hadir sekarang"

"Program Ceramah malam esok enta MC ok?"

Begitulah keadaannya, selalunya permintaan short notice yang datang kepada kita tidak dapat ditolak, ataupun sekurang kurangnya kita terpaksa memberikan alasan yang paling kukuh untuk menolak. Kerana kita tahu, bahawasanya kita datang atas nama jamaah dan kita membawa nama jamaah, sekiranya kita tidak hadir, kehampaan rakyat kepada jamaah akan mereka rasai dan berkemungkinan mereka mempunyai tanggapan negatif kepada jamaah sekiranya kita gagal hadir. Ini lebih menyulitkan kepada pemimpin pemimpin jamaah, kerana pemimpin seringkali dinilai oleh rakyat dan orang bawahannya. Pernah sekali diceritakan oleh seorang pemimpin, seorang rakyat berkata kepada nya " Kalau YB tak datang kenduri saya, mampuih aku tak undi PAS lepas ni", walaupun dengan nada seloroh, tetapi bila ada nama jamaah kita pastinya tidak menganggap perkara tersebut sebagai lawak jenaka semata mata.

Tidak kurang juga ada dikalangan rakyat dan ahli jamaah sendiri yang tidak dapat menjiwai situasi situasi ini lantas cepat menghukum atau mempertikaikan pemimpin sekiranya beliau tidak dapat hadir, dengan tanpa mendapat gambaran sebenar ketidak hadiran tersebut, ataupun setidaknya memahami bahawasanya pimpinan juga manusia biasa.

Pernah dalam satu muktamar seorang perwakilan kawasan tidak berpuas hati dan menyalahkan terhadap seorang pemimpin yang gagal hadir merasmikan mesyuarat agung di kawasannya,setelah semua persiapan telah dibuat lantas terus menyebut secara terbuka nama pimpinan tersebut yang tidak hadir merasmikan mesyuarat agung kawasannya dihadapan semua perwakilan. Namun, pimpinan tersebut dalam sesi respond pimpinan menyatakan dia benar2 tidak dapat hadir merasmikan kerana waktu itu anaknya sakit teruk dan ibunya dulu meninggal dunia kerana menghidap penyakit yang sama. Mungkin pada masa itu dia purposely tak nak bgtau supaya sahabat2 tidak risau dengan keadaan anaknya itu dan memadailah dia sahaja sebagai ayah yang menguruskan keadaan kesihatan anaknya itu.

Sebab itu adalah penting kita mempunyai sikap "highly available" ini didalam perjuangan ini, yang mana sekiranya apa apa berlaku kepada pimpinan, jamaah dan petugas petugas nya terus dapat juga digerakkan walaupun ketiadaan pimpinan. Kita mesti sentiasa bersedia menerima tanggungjawab menjadi pemimpin,terutamany a dalam keadaan dan urusan jamaah yang memerlukan kita dilihat sebagai pemimpin jamaah yang memimpin rakyat dalam keadaan suka dan duka mereka,tetapi bukannya meminta jawatan untuk menjadi pemimpin. Biarlah kita menjadi seolah olah seperti server kedua yang sentiasa available dan terus memacu perjuangan seperti biasa walaupun pemimpin terpaksa menyelesaikan perkara perkara yang lebih besar dan penting.

Didalam sirah para sahabat telah menunjukkan sikap highly available ketika memau perjuangan Islam, sepertimana pengorbanan para sahabat dalam Peperangan Mu'tah.

Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan as-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.

Kita perlu rasa bersalah sekiranya kita tidak dapat hadir membantu gerakerja perjuangan tatkala dihimpit urusan kerjaya, urusan peribadi, urusan keluarga yang sememangnya kita akui kepentingan urusan urusan ini. Kita sepatutnya perlu rasa lebih bersalah apabila mendengar pemimpin UMNO sanggup turun ke program dan jemputan rakyat biarpun sekejap, dalam jadual yang sangat padat.Kesimpulannya , kita mestilah cuba menjadikan tenaga kita seboleh mungkin "highly available" dalam perjuangan Islam ini.

Dipetik dari : Muhammad Izwan A. Rashid,IMPprof

Thursday, February 25, 2010

Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,

PRESIDEN PAS

Sumber : http://presiden.pas.org.my/v2/

Monday, February 8, 2010

IKLAN : Program Ibadah Korban 1431H

IBADAH KORBAN!!! Satu lagi ibadah yang besar ganjarannya di sisi Allah swt.
Kepada sesiapa yang berminat dan berhasrat untuk menunaikan ibaadah Korban pada tahun ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah bersedia untuk melaksanakan urusan ibadah Korban 1431H dalam
Program Ibadah Korban 1431H. Kami turut menasihatkan agar insan yang berniat sedemikian bolehlah mula menabung RM2 sehari dari sekarang...Moga Allah memepermudah urusan kita..

Sebarang pertanyaan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 013-8104677 ( Pn Ruqayyah sudin )